Wednesday 29 April 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum rakan2 semua,

Alhamdullilah, tujuan saya membuka blog ini adalah untuk mendapat pandangan yang akan dikaji dan dibincangkan secara yang rasional mengenai topik pembangunan melayu sejagat. Dalam kita bergelut menanti keberanian dan kebenaran untuk memahami apakah nilai nilai murni yang seharusnya ada pada masyarakat melayu secara lebih saintifik, Al-Quran adalah merupakan rujukan yang pasti. Kita sebagai bangsa melayu akan sedaya upaya meliberalisasikan kehendak masyarakat melayu mengikut tuntutan Al Quran sejajar dengan peredaran masa.

Salam Perkenalan

1 comment:

Kerikil jalanan said...

Assalamualaikum,

"Pembangunan Melayu sejagat"... Suatu topik yang amat menarik, dan saya benar-benar tertarik dengannya dan berpendapat ianya relevan - yang pertama, sebab saya juga anak Melayu seperti saudara, dan yang kedua, sebab kebangunan Melayu masih belum lagi bersifat sejagat. Sejagat dari segi penyertaan, dan dari sudut keseimbangan material-moral-spiritual.

Ya. Rasionaliti dan sains, kebebasan dan moraliti, serta spiritualiti, semua konsep ini terkandung dalam Quran. Bukankah ia sebuah kitab yang lengkap, sempurna, lagi terperinci?... Bahkan ia sendiri mengakuinya!

Tema 'liberal' saudara pula amat sesuai sekali. Iaitu 'liberal' dalam ertikata condong kpd kebebasan, ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka, dan tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb. Kerana memang manusia itu diciptakan Tuhan sebagai makhluk yang bebas.

Oleh kerana Quran itu untuk dimanfaatkan sepanjang zaman, maka tafsirannya juga harus disesuaikan dengan ruang-masa dan keadaan, tetapi jangan sampai melanggar prinsip-prinsipnya. Maka harapan saudara dalam ayat yang terakhir itu benar-benar realistik.

Akhir kata, "teruskan berblog!"

Wassalam.